
MARUDI: Seramai 41 warga Kemas Marudi menyertai program ‘Cabaran Langkah Saya’di Kompleks Sukan Marudi petang semalam.
Program tersebut diketuai Pegawai Kemas Daerah Marudi, Therry Noel George Anyi dan bertujuan meningkatkan stamina serta tahap fokus dalam kerja.
Menurut beliau, program ini bukan sekadar aktiviti kesihatan, tetapi merupakan satu cabaran disiplin untuk membina konsistensi harian sebanyak 10,000 langkah sehari.
Katanya setiap langkah itu adalah pelaburan untuk kesihatan, disiplin diri dan kekuatan mental.
Dalam ‘Cabaran Langkah Saya’, rekod langkah boleh direkodkan menggunakan pedometer atau jam pintar (smartwatch).
Setiap peserta juga digalakkan mengemas kini pencapaian secara berkala bagi memastikan kebertanggungjawaban, kelancaran urusan dan momentum kekal sepanjang tempoh cabaran.
Oleh Jiku Juguong