Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 4,037 hilang pekerjaan
  • TEMPATAN

4,037 hilang pekerjaan

Utusan Sarawak 3 years ago

DATO’ Gerawat Gala

KUCHING: Seramai 4,037 rakyat Sarawak telah hilang pekerjaan iaitu 3,002 pada 2020 manakala 1,035 lagi mengalami nasib yang sama 2021 ekoran penularan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri di Perdana Jabatan Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Dato’ Gerawat Gala berkata, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai langkah bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19 termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan.

“Sebagai langkah segera meringankan beban rakyat yang terkesan termasuk golongan yang kehilangan pekerjaan, Kerajaan Sarawak telah melaksanakan lapan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) berjumlah RM5.7 billion.

“Pakej BKSS ini termasuk pemberian tunai kepada kumpulan B40 bantuan tunai untuk pengusaha kecil dan sederhana dan penangguhan bayaran sewa premis,” katanya menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Shafiee Ahmad dalam persidangan hari kedua Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama DUN Sarawak Ke-19, semalam.

Tambah beliau,Kerajaan Sarawak juga telah melaksanakan beberapa program mengurangkan isu pengangguran di negeri ini.

“Antara usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak seperti ‘Graduate Enhancement Training Sarawak’ (GETS) bagi graduan di negeri ini.

“Selain itu, Kerajaan Sarawak turut melaksanakan program Industry Workforce Development Programme dengan kerjasama daripada industri bagi memberi latihan dalam industri (Place and Train).

“Malah, pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga mengadakan program seperti Go Rural Area Programme (GRAP) dan Karnival Kerjaya bagi memberi maklumat mengenai peluang pekerjaan,” tegas beliau.

Sementara itu, Dato’ Gerawat memberitahu untuk jangka masa panjang Kerajaan Sarawak akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030) bagi mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi berproduktiviti tinggi, peluang pekerjaan dan perniagaan.

Katanya, Kerajaan Sarawak menjangkakan lebih kurang 200,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi akan diwujudkan menjelang 2030 nanti.

“Dengan keadaan ekonomi yang kembali pulih selepas Covid-19, semakin banyak industri yang turut giat melaksanakan ‘job fair’ seperti Sarawak Oil Palms Berhad dan Sarawak Petchem Sdn. Bhd.

Continue Reading

Previous: Takrifan Kanun Tanah untuk manfaat Sarawak
Next: Bantu capai matlamat Pembangunan Lestari PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.