Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 4,000 penutup mulut, hidung diagih di Pakan
  • TEMPATAN

4,000 penutup mulut, hidung diagih di Pakan

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH … Tan Sri William Mawan Ikom (dua kanan) menerima penutup mulut dan hidung sumbangan Kerajaan Sarawak, semalam.

NURZILLA MOHAMAD

PAKAN: Sebanyak 4,000 keping penutup mulut dan hidung akan mula diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) di Daerah Pakan dalam minggu ini.

Penutup mulut dan hidung yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri ini akan diagihkan oleh Pejabat Daerah dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan.

Bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya Tuai Rumah saja yang akan dipanggil untuk datang ke pejabat ketika pengagihan dilakukan.

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan terlalu ramai berkumpul pada satu masa.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom,  rakyat dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Katanya, walaupun Daerah Pakan masih dalam Zon Hijau, rakyat diseru agar tidak merasa terlalu selesa sehingga mengabaikan arahan pihak berkuasa kerana didapati sejak akhir akhir ini terlalu ramai penduduk keluar ke Sarikei.

“Rakyat juga disarankan supaya sentiasa patuh kepada arahan dengan tidak berbaris terlalu awal untuk mendapatkan slip kebenaran keluar daerah.

“Pematuhan PKP adalah sangat penting untuk sentiasa menjamin keselamatan bersama,” katanya.

Continue Reading

Previous: Pesara guru maut, tertembak diri sendiri
Next: Tiga penghuni tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.