Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 4 maut, kereta dirempuh kereta api di Bucharest
  • GLOBAL

4 maut, kereta dirempuh kereta api di Bucharest

Utusan Sarawak 8 hours ago
EMPAT terbunuh, seorang cedera selepas kereta dilanggar kereta api di Bucharest, siasatan sedang dijalankan.
TRAGEDI di Bucharest: empat maut, seorang cedera apabila kereta dirempuh kereta api di lintasan tanpa palang, perkhidmatan tren digantung sementara siasatan dijalankan.



BUCHAREST: Empat maut pada Jumaat apabila sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah kereta di lintasan antara stesen Vidra dan Jilava di daerah Ilfov, berhampiran Bucharest, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa Romania.

Menurut polis, kemalangan berlaku di landasan Giurgiu–Bucharest apabila kereta api penumpang “Sageata Albastra” merempuh sebuah kenderaan di lintasan yang tidak berpalang di kampung Cretesti.

Ambulans, unit bomba dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian. 

Seorang lagi mangsa dalam kereta ditemukan masih sedar dan menerima rawatan perubatan di tempat kejadian.

Syarikat kereta api kebangsaan CFR memaklumkan bahawa perkhidmatan tren di kawasan berkenaan digantung sepenuhnya akibat insiden itu.

Polis dan pihak berkuasa kereta api kini menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Serangan beruang di timur laut Jepun jejas pelancongan
Next: Mahkamah Turkiye keluar waran tangkap untuk Netanyahu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.