4 maut, kereta dirempuh kereta api di Bucharest

Facebook
WhatsApp
TRAGEDI di Bucharest: empat maut, seorang cedera apabila kereta dirempuh kereta api di lintasan tanpa palang, perkhidmatan tren digantung sementara siasatan dijalankan.



BUCHAREST: Empat maut pada Jumaat apabila sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah kereta di lintasan antara stesen Vidra dan Jilava di daerah Ilfov, berhampiran Bucharest, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa Romania.

Menurut polis, kemalangan berlaku di landasan Giurgiu–Bucharest apabila kereta api penumpang “Sageata Albastra” merempuh sebuah kenderaan di lintasan yang tidak berpalang di kampung Cretesti.

Ambulans, unit bomba dan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian. 

Seorang lagi mangsa dalam kereta ditemukan masih sedar dan menerima rawatan perubatan di tempat kejadian.

Syarikat kereta api kebangsaan CFR memaklumkan bahawa perkhidmatan tren di kawasan berkenaan digantung sepenuhnya akibat insiden itu.

Polis dan pihak berkuasa kereta api kini menjalankan siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas itu.- Bernama-Xinhua