4 maut feri bertembung akibat kabus tebal di Sungai Meghna, Bangladesh

Facebook
WhatsApp
EMPAT maut, belasan cedera dalam pertembungan dua feri akibat kabus tebal di Sungai Meghna, Chandpur, Bangladesh. Ramai penumpang terperangkap di dalam kabin ketika kejadian awal pagi Jumaat. Foto Agensi

DHAKA: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala belasan lagi cedera dalam pertembungan melibatkan dua feri penumpang akibat kabus tebal di Sungai Meghna di daerah Chandpur, Bangladesh, kira-kira 115 kilometer ke tenggara ibu negara Dhaka, awal pagi Jumaat, lapor Xinhua.

Timbalan Pesuruhjaya dan Majistret Daerah Chandpur, Md Nazmul Islam Sarker, berkata kebanyakan penumpang sedang tidur ketika kejadian berlaku.

Beberapa saksi memberitahu saluran televisyen tempatan bahawa kedua-dua feri itu membawa ratusan penumpang, dengan ramai yang terperangkap di dalam kabin masing-masing.- Bernama-Xinhua