Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 4 Jun diisytihar cuti umum tambahan di Sarawak
  • SEMASA

4 Jun diisytihar cuti umum tambahan di Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan bahawa Rabu, 4 Jun 2025 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Perkhidmatan Awam negeri ini.

Pengisytiharan ini turut melibatkan Badan-Badan Berkanun Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak.

Keputusan ini dibuat berikutan pertindihan sambutan Hari Gawai Dayak dan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang jatuh pada 2 Jun 2025 (Isnin).

Hari Gawai Dayak merupakan perayaan penting bagi masyarakat Dayak yang disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun, manakala Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong merupakan hari kelepasan am peringkat kebangsaan.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Arab Saudi lihat anak bulan Zulhijah hari ini, penentu hari Arafah dan Aidiladha
Next: Penyertaan media ASEAN buka peluang tukar pengalaman, kepakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.