Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 4.89 bilion dos vaksin didaftar di seluruh dunia
  • GLOBAL

4.89 bilion dos vaksin didaftar di seluruh dunia

Utusan Sarawak 4 years ago
CHINA kini mendahului dengan lebih 1.9 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan. • Foto BERNAMA

CHINA: SEJUMLAH lebih 4.89 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Ahad.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data John Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.9 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 576 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan 360 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil.

Manakala Jerman dengan 99 juta dos, United Kingdom dan Perancis melebihi 80 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 88 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 30 juta dos.-AFP

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan ragut dua nyawa
Next: Individu cantik, kacak lebih mudah ditawarkan bekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.