Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 39 rumah rosak akibat ribut
  • NASIONAL

39 rumah rosak akibat ribut

Utusan Sarawak 5 years ago
ANTARA 39 rumah di tiga kawasan sekitar Arau yang terjejas teruk akibat dilanda ribut, Isnin lepas. – Foto BERNAMA

KANGAR: Sebanyak 39 buah rumah sekitar Arau mengalami kerosakan dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kira-kira 7 malam Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Mejar (PA) Mohd Farid Ishak berkata, bilangan rumah yang rosak dijangka bertambah selepas penilaian dibuat semalam.

“Angin ribut dan hujan lebat telah menyebabkan atap dan sebahagian struktur bumbung rumah mengalami rosak teruk.

“APM telah menghantar anggota untuk membantu mangsa dengan memasang kanvas sementara di rumah mangsa dan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Katanya, rumah yang terjejas adalah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Tambun Tulang iaitu di Bongor Kudong (lima  rumah), Padang Petani (lima rumah) dan Bendang Baru (enam buah), di kawasan DUN Sanji membabitkan tujuh rumah dan 16 buah rumah di DUN Sanglang.

Mohd Farid berkata, selain APM agensi lain yang turut membantu mangsa ialah Pejabat DUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Polis sahkan MP Klang diberi notis ingkar PKP
Next: MP didakwa buat kenyataan timbul kegentaran awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.