38 wartawan veteran terima Anugerah Perkhidmatan Lama sempena Majlis Jubli Emas NSJA

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seramai 38 wartawan veteran dari utara Sarawak akan menerima anugerah perkhidmatan lama sebagai penghargaan atas komitmen mereka yang berterusan terhadap industri, esok.

Anugerah tersebut akan diberikan dalam majlis makan malam Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA).

Acara bertemakan ‘Ke Arah Kebebasan Akhbar dan Profesionalisme’ itu dijangka menarik lebih 600 tetamu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dijadual hadir bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin.

Majlis makan malam tersebut juga akan dihadiri oleh beberapa kenamaan berprofil tinggi termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Perhubungan Awam) Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, Datuk Bandar Miri Yii Siew Sang, ADUN Telang Usan Datuk Dennis Ngau, dan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man.

Selain anugerah perkhidmatan panjang, NSJA juga akan menganugerahkan Anugerah Sumbangan Kepimpinan kepada bekas presiden yang pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Wartawan Persekutuan Sarawak.

Oleh Adum Liu

Berjaya jangan bergaya

SETIAP manusia menginginkan kejayaan. Ada yang mengejarnya melalui pendidikan, kerjaya, perniagaan, kepimpinan, kekayaan atau kedudukan dalam masyarakat. Kejayaan sering dilihat

49 pelajar cemerlang SPM SMK Pujut diraikan

MIRI: Kejayaan 49 pelajar SMK Pujut mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mendapat pengiktirafan sebagai pembakar semangat