Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 37 pelajar cemerlang SMK Bukit Assek terima insentif RM8,500
  • Tengah
  • WILAYAH

37 pelajar cemerlang SMK Bukit Assek terima insentif RM8,500

Utusan Sarawak 5 hours ago
TAHNIAH…(dari lima kiri, barisan belakang) Abdul Rahman, Chieng bersama para pelajar yang menerima insentif kecemerlangan SPM 2025 di SMK Bukit Assek merakam kenangan.

SIBU: Seramai 37 pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Assek yang memperolehi 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menerima insentif keseluruhan RM8,500 sebagai penghargaan atas pencapaian mereka.

Majlis Penyampaian Hadiah Insentif Kecemerlangan SPM 2025 itu diadakan bagi meraikan kejayaan para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, kejayaan yang diraih bukanlah sesuatu yang datang dengan mudah, sebaliknya hasil pengorbanan, disiplin dan kesungguhan pelajar.

“Walaupun nilai insentif ini mungkin tidak besar, namun ia membawa mesej jelas bahawa setiap usaha yang jujur akan dihargai dan setiap kejayaan mempunyai makna,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian insentif tersebut di Dewan SMK Bukit Assek, hari ini.

Beliau berkata, pemberian insentif itu telah diteruskan sejak empat tahun lalu di sekolah-sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek sebagai usaha berterusan menyokong kecemerlangan pendidikan.

Menurutnya, usaha itu mencerminkan keyakinan bahawa pelaburan dalam pendidikan merupakan aspek penting bagi masa depan Sarawak.

Dalam pada itu, Chieng turut menekankan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperluaskan akses pendidikan tinggi kepada anak Sarawak.

“Mulai 2026, Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) akan dilaksanakan dengan menawarkan yuran pengajian percuma bagi bidang terpilih di institusi milik Sarawak seperti Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Kolej Universiti i-CATS,” ujarnya.

Beliau memberitahu, pelbagai bantuan lain turut disediakan termasuk bantuan sara hidup sehingga RM15,000 setahun, wang saku RM1,200 setahun, bantuan komputer riba serta subsidi penerbangan bagi pelajar yang layak.

Katanya, semua inisiatif tersebut bertujuan memastikan tiada pelajar tercicir hanya kerana kekangan kewangan.

“Namun kejayaan bukan hanya bergantung kepada bantuan yang diterima, tetapi juga nilai yang dipegang. Ilmu membuka jalan, tetapi sikap dan integriti menentukan sejauh mana seseorang itu mampu pergi,” katanya.

Chieng turut merakamkan penghargaan kepada para guru atas dedikasi dalam mendidik serta ibu bapa atas sokongan berterusan.

“Kepada para pelajar, jangan berhenti di sini. Teruskan melangkah, bermimpi dan berusaha kerana masa depan Sarawak bergantung kepada generasi muda yang berilmu, berintegriti dan berjiwa besar,” katanya.

Turut hadir ialah Pengetua SMK Bukit Assek, Abdul Rahman Abdullah.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Usahawan Dayak Sri Aman digesa rebut peluang kepesatan pembangunan infrastruktur
Next: APM musnahkan sarang penyengat di ICQS Tedungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.