Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 302 pegawai, anggota PDRM dipecat sejak 2022 hingga Februari 2024
  • NASIONAL

302 pegawai, anggota PDRM dipecat sejak 2022 hingga Februari 2024

Utusan Sarawak 1 year ago
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan sempena Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seramai 302 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan bagi tempoh 2022 hingga Februari lepas, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang melanggar peraturan dan undang-undang.

“Kita ada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) dan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC). PDRM serius dalam memastikan pegawai dan anggota mempunyai disiplin dan tahap integriti yang tinggi.

“Pegawai dan anggota yang didapati melakukan kesalahan tertakluk kepada proses tatatertib dan undang-undang yang ada. Semua keputusan dan hukuman yang diambil berasaskan kepada fakta-fakta kes oleh Lembaga Tatatertib PDRM dan Kementerian Dalam Negeri,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara. 

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mengenai jumlah anggota PDRM dipecat setelah didapati bersalah dalam kes-kes berat seperti membunuh, merogol atau melindungi kegiatan haram.

Menjawab soalan asal Ti mengenai bentuk penambahbaikan semakan bagi modul pengambilan anggota dan pegawai baharu PDRM, Shamsul Anuar berkata PDRM melaksanakan beberapa penambahbaikan antaranya memperkenalkan modul integriti yang mengandungi silibus pengurusan integriti, etika dan rasuah serta silibus pendidikan Islam dan pendidikan moral.

Penambahbaikan lain turut meliputi aspek mewajibkan pemohon untuk menduduki Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen PDRM sebelum proses temu duga dan tapisan keselamatan seperti yang telah ditetapkan di dalam PTKPN yang berkuat kuasa 15 Jun 2023. – Bernama

Continue Reading

Previous: Cuaca panas: 28 kes berkaitan haba, satu kematian direkodkan – KKM
Next: Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.