Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 30 pegawai masjid Sri Aman terima tauliah sesi 2026–2028
  • Tengah
  • WILAYAH

30 pegawai masjid Sri Aman terima tauliah sesi 2026–2028

Utusan Sarawak 3 hours ago
SERAMAI 30 pegawai masjid terdiri daripada Imam I, Imam II, Bilal dan Marbot dari seluruh Bahagian Sri Aman secara rasmi menerima tauliah bagi sesi 2026–2028, hari ini. Foto Iswandi Kassim

SIMANGGANG: Seramai 30 pegawai masjid terdiri daripada Imam I, Imam II, Bilal dan Marbot dari seluruh Bahagian Sri Aman, secara rasmi menerima tauliah bagi sesi 2026–2028 dalam majlis yang diadakan di Bilik Seminar Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman, hari ini.

Majlis pentauliahan tersebut diadakan serentak dengan sesi taklimat khas bagi memastikan keseragaman pelaksanaan tugas serta panduan ibadah di peringkat masjid dan surau selaras dengan ketetapan Majlis Islam Sarawak.

Dalam sesi taklimat, Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Alyhebullah Roslan menegaskan bahawa pegawai masjid bukan sekadar pelaksana tugasan teknikal, sebaliknya berperanan sebagai ejen penyatuan ummah di peringkat kariah.

Menurut beliau, amanah yang dipikul menuntut komitmen tinggi dalam memastikan pengurusan masjid berjalan secara sistematik dan berkesan.

“Pegawai yang dilantik memikul tanggungjawab besar untuk memastikan pengurusan masjid dilaksanakan dengan teratur. 

“Setiap pegawai perlu memahami bidang kuasa masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan, sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Imam Bahagian Sri Aman, Ustaz Abang Azman Abang Mohamed dalam taklimat Panduan Solat Sunat Tarawih, Witir dan Aidilfitri mengingatkan agar semua pegawai sentiasa merujuk garis panduan rasmi bagi mengelakkan perbezaan pelaksanaan yang boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan jemaah.

Beliau menegaskan bahawa keseragaman pelaksanaan ibadah, khususnya sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, amat penting bagi memastikan keharmonian serta kesucian ibadah terus terpelihara selaras dengan fatwa dan ketetapan Majlis Islam Sarawak.

Kehadiran peserta yang memberangsangkan membuktikan komitmen tinggi pegawai masjid dalam memperkukuh pengurusan institusi agama di Bahagian Sri Aman bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Dengan pentauliahan tersebut, para pegawai kini mempunyai mandat rasmi untuk menggerakkan aktiviti keagamaan dan pentadbiran di kariah masing-masing secara lebih tersusun dan berkesan, sekali gus memperkasa peranan masjid sebagai pusat pembangunan ummah.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah terbuka TBC ADUN Pelawan sasar 1,500 pengunjung 18 Februari ini
Next: Balai Bomba dan Penyelamat Marudi anjur kempen keselamatan Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.