Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 3 terbunuh selepas pesawat ringan terhempas di Nebraska, AS
  • GLOBAL

3 terbunuh selepas pesawat ringan terhempas di Nebraska, AS

Utusan Sarawak 4 weeks ago
TIGA maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam sungai pada malam Jumaat di Nebraska, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

LOS ANGELES: Tiga orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam sungai pada malam Jumaat di Nebraska, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Menurut Pejabat Sheriff Daerah Dodge, pesawat itu sedang menyusuri Sungai Platte di selatan Fremont sebelum terhempas ke dalam sungai berkenaan.

Ketiga-tiga mangsa yang menaiki pesawat telah dikenal pasti, menurut pejabat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu, sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa siasatan kini akan diambil alih oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat. – Bernama-Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 11 maut bangunan runtuh di India
Next: Ahli arkeologi jumpa makam putera Firaun Userkaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.