
HOHHOT: Tiga individu disahkan maut manakala tiga lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat melanda Ordos, sebuah bandar di Wilayah Autonomi Inner Mongolia di utara China, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.
Angka itu adalah berdasarkan kiraan setakat 10.30 pagi Selasa.
Mayat ketiga-tiga mangsa itu ditemukan pada awal pagi Selasa di Daerah Dongsheng manakala tiga lagi individu hilang di Dalad Banner.
Ordos mengalami hujan lebat dengan taburan hujan maksimum 214 milimeter yang bermula dari petang Isnin hingga awal pagi Selasa.
Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan.– Bernama-Xinhua