3 maut, 3 hilang akibat hujan lebat di Inner Mongolia

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ANGGOTA bomba mencari individu yang hilang di Urad Rear Banner of Bayannur City, Wilayah Autonomi Inner Mongolia China utara pada 18 Ogos 2025 lalu. Angka kematian akibat banjir kilat yang melanda kawasan perkhemahan liar di Mongolia, telah meningkat dengan dua orang masih hilang, kata pihak berkuasa kecemasan tempatan pada Ahad. Lebih 700 penyelamat telah dihantar segera ke lokasi, mencari segera mangsa yang hilang. Foto AFP

HOHHOT: Tiga individu disahkan maut manakala tiga lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat melanda Ordos, sebuah bandar di Wilayah Autonomi Inner Mongolia di utara China, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Angka itu adalah berdasarkan kiraan setakat 10.30 pagi Selasa.

Mayat ketiga-tiga mangsa itu ditemukan pada awal pagi Selasa di Daerah Dongsheng manakala tiga lagi individu hilang di Dalad Banner.

Ordos mengalami hujan lebat dengan taburan hujan maksimum 214 milimeter yang bermula dari petang Isnin hingga awal pagi Selasa.

Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan.– Bernama-Xinhua