Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 290 penduduk terima bantuan tangki air
  • Selatan
  • WILAYAH

290 penduduk terima bantuan tangki air

Utusan Sarawak 3 months ago
PENYAMPAIAN… Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyampaikan tangki air kepada penerima pada majlis Simbolik Penyerahan Tangki Air yang diadakan di Kampung Begu, hari ini. Foto UKAS

SIBURAN: Seramai 290 penduduk dari tiga kampung di Daerah Siburan kini menikmati kemudahan lebih baik selepas menerima bantuan tangki air daripada Kerajaan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat kemudahan asas yang mencukupi, termasuk bekalan air bersih.

“Seramai 125 penduduk dari Kampung Subang, 101 dari Kampung Begu dan seramai 64 dari Kampung Pesang menerima bantuan ini susulan kebergantungan mereka terhadap sumber air graviti yang sering kali tidak mencukupi, khususnya ketika musim kemarau.

“Tanggungjawab kerajaan bukan hanya membangunkan infrastruktur besar, tetapi juga memastikan keperluan asas rakyat seperti air bersih dapat dipenuhi, terutama bagi komuniti luar bandar yang masih bergantung kepada sumber air graviti,” katanya pada majlis Simbolik Penyerahan Tangki Air yang diadakan di Kampung Begu, hari ini.

Sebagai langkah proaktif, kerajaan telah menyalurkan bantuan berupa tangki air tiga lapisan berkapasiti 500 gelen kepada penduduk, bagi memastikan bekalan air lebih stabil dan berdaya tahan.

Dato Sri Roland juga berharap inisiatif ini dapat memperkukuh sistem penyimpanan dan pengurusan air di kampung-kampung terlibat, sekaligus meningkatkan kesejahteraan penduduk dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

Sementara itu, Pegawai Daerah Siburan, Ranum Bari, dalam ucapannya mengingatkan penerima agar memanfaatkan kemudahan yang diberikan dengan baik.

“Terdapat kes sebelum ini di mana tangki air yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya. Kita mahu pastikan bantuan ini benar-benar memberi manfaat kepada penduduk,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damen Rejek Penghulu Nobert Nuom Layon, serta beberapa tetamu lain. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga rumah panjang terima peruntukan khas
Next: Ular sawa menyelinap dalam bilik berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.