Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 288 penerima terima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan
  • NASIONAL

288 penerima terima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan

Utusan Sarawak 1 year ago
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka Lee Ah Wong. 

Beliau mendahului senarai 288 penerima pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan yang berlangsung di Istana Negara.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan JMN kepada 31 penerima lain termasuk Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Angkatan Bersama Tentera Udara Diraja Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohd Dom dan Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

ANTARA barisan penerima pingat Darjah Johan Mangku Negara (JMN) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara, hari ini. FotoBERNAMA

Pada istiadat itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada 33 penerima termasuk ADUN Pemanis Anuar Abd Manap, Ahli Parlimen Jerai Sabri Azit, Ketua Hakim Syarie dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Mohd Asri Tahir.

Selain itu Seri Paduka turut berkenan mengurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 52 penerima, Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 108 penerima dan Pingat Pangkuan Negara (PPN) kepada 63 penerima. – Bernama

Continue Reading

Previous: Balai Seni Negara anjur ‘Pameran Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi’
Next: Pusat Inovasi Kejuruteraan Perubatan UM bangun alat kesan sakit belakang pertama Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.