Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 27 ditahan dalam Ops Mahir dan Ops Sapu di Miri
  • JENAYAH

27 ditahan dalam Ops Mahir dan Ops Sapu di Miri

Utusan Sarawak 2 days ago

TAHAN… Sebahagian daripada 27 individu yang ditahan dalam OPS MAHIR dan OPS SAPU oleh JIM Sarawak di sekitar bandar raya ini pada 24 September 2025. Foto JIM Sarawak

MIRI: Seramai 27 individu berjaya ditahan yang melibatkan 26 lelaki dan seorang wanita dalam Ops Mahir dan Ops Sapu di sekitar bandar raya ini pada 24 September 2025.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak hari ini, operasi itu adalah melalui Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP) dengan kerjasama Unit Penguatkuasa Imigresen Sibu serta Unit Penguatkuasa Imigresen Miri.

Katanya, operasi tersebut memberi tumpuan kepada kawasan tapak binaan, galangan kapal (dockyard) dan penempatan pekerja asing.

“Hasil pemeriksaan, seramai 27 individu berjaya ditahan yang melibatkan 26 lelaki dan seorang wanita.

“Kesemua yang ditahan dipercayai terdiri daripada warga asing yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk berada di negara ini,” katanya.

Antara kesalahan lazim yang dikesan adalah di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta beberapa kesalahan lain mengikut Peraturan-Peraturan Imigresen.

Sehubungan itu, JIM Sarawak menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen di negeri ini sentiasa terpelihara.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Timbalan Pendakwa Raya SPRM ditahan polis kerana memiliki dadah
Next: Banduan Malaysia Datchinamurthy jalani hukuman gantung di Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.