Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 26 kawasan titik panas banjir diberi perhatian
  • Tengah
  • WILAYAH

26 kawasan titik panas banjir diberi perhatian

Utusan Sarawak 3 months ago
TAKLIMAT… Azamsah Apearal (dua, kiri) semasa sesi taklimat bersama Joseph Chieng (tengah) dan Dato Chieng Buong Toon (kanan).

SIBU: Pasukan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu memberi tumpuan khusus kepada 26 kawasan titik panas banjir di sekitar bandar ini susulan jangkaan air pasang tinggi yang berpotensi mencecah 2.7 meter pada 22 Februari ini.

Pegawai Bencana Operasi Latihan dan Sekretariat APM Sibu, Kapten (PA) Azamsah Apearal, berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan di kawasan berisiko tinggi, khususnya jika hujan berterusan selama tujuh jam.

“Kami telah mengenal pasti 26 kawasan yang sering terjejas dan sekiranya hujan berlarutan, pasukan kami akan segera ke lokasi-lokasi berkenaan bagi menilai situasi serta mengambil langkah sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng, di Pusat Operasi APM Daerah Sibu, hari ini.

Beliau turut menyenaraikan tiga kawasan yang paling terkesan setiap kali berlaku banjir, iaitu Salim/Stabau, Sungai Assan dan Jalan Ling Kai Cheng.

Sehubungan itu, Chieng mengingatkan penduduk di kawasan rendah supaya sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu, Chieng menyerahkan sumbangan barangan makanan daripada pusat khidmatnya, termasuk 40 kilogram ayam, 20 kilogram ikan kembung, 20 kilogram sardin, serta 10 kilogram kubis kepada 90 anggota APM dan tentera yang bertugas.

Katanya, sumbangan tersebut bertujuan untuk memberi penghargaan atas kerja keras dan dedikasi mereka dalam membantu mangsa yang terjejas akibat banjir. 

“Kami berharap mereka menjaga kesihatan diri, kerana pengambilan makanan segera secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan,” katanya. 

Turut hadir, Pengerusi Cawangan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Bukit Assek, Dato Chieng Buong Toon.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba bantu hantar pek makanan untuk penduduk terputus hubungan di Pakan
Next: Edwin Banta santuni mangsa banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.