Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 26 JKKK hadiri Libat Urus RTP di Saratok
  • Selatan
  • WILAYAH

26 JKKK hadiri Libat Urus RTP di Saratok

Utusan Sarawak 2 days ago
PROGRAM yang dikendalikan oleh Kato Dorsie dari Pejabat Residen Bahagian Betong itu bertujuan memberikan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan projek RTP. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Sebanyak 26 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Daerah Saratok telah menyertai Sesi Libat Urus Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang berlangsung di Dewan Masyarakat Sri Krian, semalam.

Program tersebut dikendalikan oleh Kato Dorsie dari Pejabat Residen Bahagian Betong, bertujuan memberi penerangan terperinci mengenai pelaksanaan projek RTP, khususnya menerusi pendekatan gotong-royong (KGR) yang semakin mendapat sambutan dalam kalangan komuniti luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyifatkan RTP sebagai inisiatif penting bagi memastikan pembangunan seimbang dan menyeluruh, terutamanya di kawasan luar bandar seperti DUN N.38 Kalaka yang masih memerlukan pelbagai projek asas.

“Melalui RTP, banyak kampung, rumah panjang dan kawasan pekan seperti Saratok dapat dinaik taraf demi keselesaan rakyat.

“Saya amat menghargai keprihatinan kerajaan Sarawak di bawah pimpinan GPS terhadap keperluan penduduk luar bandar,” katanya.

Beliau turut menggesa agar semua JKKK memainkan peranan aktif dalam memantau pelaksanaan projek agar manfaatnya benar-benar dirasai oleh komuniti setempat.

Tambah beliau, sesi libat urus ini bukan sahaja menjadi saluran penyampaian maklumat, malah mampu mengeratkan kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat dalam merealisasikan aspirasi pembangunan luar bandar secara menyeluruh dan mampan.

Turut hadir wakil ADUN Kalaka Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Kampung Siaga perkasa komuniti luar bandar hadapi bencana
Next: Sistem saliran di Rumah Lim Sabang bakal dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.