Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 25 maut, puluhan cedera dalam pergaduhan di penjara Sri Lanka
  • GLOBAL

25 maut, puluhan cedera dalam pergaduhan di penjara Sri Lanka

Utusan Sarawak 3 hours ago
PASUKAN keselamatan dikerahkan bagi mengawal keadaan di Penjara Negombo, Sri Lanka selepas insiden kekacauan tercetus antara banduan dan pegawai penjara. Foto AGENSI

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 25 mangsa, termasuk banduan dan anggota keselamatan penjara, terbunuh dalam pertempuran yang berterusan memasuki hari kedua di sebuah penjara di Sri Lanka hari ini, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik saluran berita Ada Derana.

Mangsa yang maut terdiri daripada lima pegawai penjara dan 20 banduan.

Saluran berita itu turut melaporkan kira-kira 100 banduan cedera dalam pertempuran tersebut.

Kerajaan mengerahkan tentera bagi mengawal keadaan selepas kekacauan baharu tercetus di Penjara Negombo, di pantai barat negara kepulauan itu. Polis turut melepaskan tembakan untuk mengawal pertempuran antara banduan dan pegawai penjara, lapor News Wire.

Menurut laporan itu, kekacauan tercetus susulan konfrontasi antara banduan dan pegawai penjara.

Mereka yang cedera sedang menerima rawatan di fasiliti kesihatan tempatan.

Semalam, pergaduhan berlaku antara banduan reman dan banduan yang telah disabitkan kesalahan, mengakibatkan dua banduan maut manakala 38 lagi cedera, menurut laporan itu.

Susulan insiden berkenaan, pihak penjara memperketat kawalan keselamatan dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan di penjara itu, yang kini menempatkan 2,417 banduan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Letusan abu Gunung Etna ganggu penerbangan di Lapangan Terbang Catania
Next: Gempa bumi sederhana landa Mindanao, Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.