Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 individu terima sijil NRS
  • Selatan
  • WILAYAH

25 individu terima sijil NRS

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMA SIJIL… Datuk Dr Jerip Susil bergambar berdama 25 penerima sijil NRS di Pejabat Daerah Kecil Padawan, hari ini.
Foto UKAS

PADAWAN: Seramai 25 individu dari Daerah Kecil Padawan telah menerima Sijil Sistem Pendaftaran Kewarganegaraan (NRS) pada majlis yang berlangsung di Pejabat Daerah Kecil Padawan, hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil berkata, pengiktirafan sebagai ‘Anak Sarawak’ ini merupakan inisiatif baharu kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan.

“Anak-anak daripada perkahwinan campur sering menghadapi cabaran untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai anak Sarawak. Namun dengan pindaan terkini pada Perlembagaan Negeri, proses ini kini lebih tersusun dan mudah difahami,” ujarnya.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, individu mempunyai kebebasan untuk memilih etnik yang ingin mereka daftarkan selagi mematuhi syarat undang-undang yang ditetapkan.

Beliau menambah bahawa pemberian Sijil NRS ini dijangka memberi kesan positif kepada penerima dari segi akses kepada hak, keistimewaan serta peluang dalam sistem pentadbiran dan pembangunan negeri.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan, Julius Scott Sapong serta Pemanca Bidayuh Daerah Kuching, Raymond Jihap. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: “Aidilfitri berbeza tanpa ayah” – Dr Annuar
Next: Liana Sari Santud rayu status kewarganegaraan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.