Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 23 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu pencegahan jenayah IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

23 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu pencegahan jenayah IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 9 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah IPD Lubok Antu yang dijalankan di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu semalam, bagi memastikan tahap keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, operasi berkenaan dilaksanakan sebagai langkah proaktif polis dalam membendung aktiviti jenayah dan pelanggaran undang-undang, khususnya melibatkan kesalahan lalu lintas di kawasan tumpuan orang ramai.

Seramai 25 pegawai dan anggota polis telah terlibat dalam operasi bersepadu tersebut yang dijalankan secara berfokus dengan pemeriksaan ke atas kenderaan serta individu yang melalui laluan utama di kawasan operasi.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 87 kenderaan telah diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan jalan raya serta aspek keselamatan kenderaan berada dalam keadaan baik.

Selain itu, polis turut memeriksa seramai 108 individu bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan serta memastikan tiada pelanggaran undang-undang dilakukan.

Hasil daripada operasi berkenaan, sebanyak 23 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, termasuk kegagalan mematuhi peraturan jalan raya dan kesalahan teknikal kenderaan.

IPD Lubok Antu menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan ini bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya untuk mendidik masyarakat agar lebih berdisiplin serta bertanggungjawab demi keselamatan bersama.

Pihak polis turut memberi jaminan bahawa operasi seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman awam di Daerah Lubok Antu sentiasa terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Isu salah guna dana, SPRM rakam keterangan pegawai kanan ATM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.