Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 23 projek RTP Parlimen Betong bakal dilaksana
  • Tengah
  • WILAYAH

23 projek RTP Parlimen Betong bakal dilaksana

Utusan Sarawak 1 month ago
AHLI Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu. Foto Adi Safarman

BETONG: Sebanyak 23 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM2.5 juta telah diluluskan di Parlimen Betong yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu memberitahu projek tersebut merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas, Layar dan Bukit Saban.

“Pelaksanaan projek ini akan dijalankan sepanjang tahun ini yang akan dikendalikan oleh agensi teknikal yang telah dilantik diperingkat bahagian dan dipengerusikan oleh Residen Bahagian Betong.

“Pada masa yang sama, kita akan turun padang dan meninjau serta menetapkan spesifikasi kerja yang akan dijalankan.

“Mudah-mudahan dengan kecekapan semua agensi yang terbabit, semua kerja dapat disiapkan dalam tahun ini dan memastikan segala isu-isu yang dibangkitkan serta masalah kepada rakyat dapat kita atasi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa selepas ditemui pemberita pada majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri peringkat Kampung Melayu Betong 2025 yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong baru-baru ini.

Tambahnya, sebanyak 37 projek yang dilaksanakan pada tahun sebelumnya yang turut membabitkan kos yang sama (RM2.5 juta) dengan sebahagian besar projek telah siap dan ada yang dalam proses pelaksanaan.

“Saya yakin setiap projek yang telah diterima akan disiapkan dalam tahun ini,” ujarnya.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau kawasan berisiko banjir
Next: Kebangkitan pemimpin teruskan tradisi kebanggaan SHOSA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.