Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 23 mayat ‘DISEMADI’ dalam kubur besar
  • GLOBAL

23 mayat ‘DISEMADI’ dalam kubur besar

Utusan Sarawak 5 years ago
PASUKAN Forensik bersedia untuk memeriksa kubur besar yang mana 23 mayat ditemui berhampiran pangkalan polis di pinggir Guadajalara, barat Mexico. •Foto AFP

GUADALAJARA (MEXICO): Sekurang-kurangnya 23 mayat ditemui tertanam dalam sebuah kubur besar, berhampiran pangkalan polis di pinggir Guadajalara, barat Mexico, kata pihak berkuasa.

“Pasukan yang digerakkan ke sana menemui 23 mayat dan empat beg, mengandungi pelbagai bahan bukti, dengan tiga daripada mayat itu berjaya dikenal pasti,” kata pejabat pendakwa negeri Jalisco dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, kubur besar berkenaan ditemui Isnin lalu.

Keluarga tiga mayat terbabit sudah dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan, tambah pejabat pendakwa.

Kubur itu terletak di antara dua kediaman dan berada hanya tiga blok dari balai polis El Salto, pinggir Guadalajara, ibu negeri Jalisco.

“Ia terletak antara dua kediaman, dan anda perlu bertanya, mengapa kejadian ini tidak dilaporkan,” kata Guadalupe Aguilar, penyelaras pertubuhan FUNDEJ, yang bertanggungjawab mencari orang hilang di negara itu.

Siasatan menemui bukti bahawa terdapat beberapa kejadian jenayah berlaku di lokasi berkenaan.

Pada 2 Julai, penyiasat yang menjalankan kerja menggali satu lagi kubur di kawasan kejiranan Tlaquepaque, menemui 86 beg mengandungi rangka manusia.

Sejak 10 hari lalu pula pihak berkuasa menyambung semula kerja memproses satu lagi tapak di kawasan perbandaran Tlajomulco, selepas menjumpai 500 beg berisi rangka sekurang-kurangnya 48 mangsa. – AFP

Continue Reading

Previous: Sapardi Djoko Damono meninggal dunia
Next: Melbourne wajibkan pemakaian penutup hidung, mulut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.