Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 23 maut dalam taufan tropika Maila di Papua New Guinea
  • GLOBAL

23 maut dalam taufan tropika Maila di Papua New Guinea

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

MELBOURNE: Pihak berkuasa berkata hari ini, 12 lagi terkorban selepas timur Papua New Guinea (PNG) dilanda taufan tropika Maila, menjadikan jumlah kematian kepada 23, lapor Xinhua.  

Jelta Wong, Ahli Parlimen Daerah Gazelle di Wilayah New Britain Timur PNG, memberitahu akhbar The National, 10 orang maut apabila mereka tertimbus tanah runtuh di kampung Lamarain yang terpencil pada Ahad.

Beliau berkata kesemua 10 mayat berjaya ditemui dan menyifatkan kehilangan itu sebagai “kesedihan yang mendalam” bagi masyarakat.

Tanah runtuh disebabkan oleh hujan lebat berterusan yang dibawa oleh taufan tropika itu, yang melanda timur PNG pada hujung minggu dan menyebabkan kerosakan yang meluas.

Randal Ganisi, penyelaras bencana di Wilayah Teluk Milne, memberitahu The National, dua kematian telah dilaporkan di wilayah itu.

Beliau berkata pasukan kecemasan telah dikerahkan ke komuniti pulau untuk menilai berapa ramai orang telah dipindahkan serta tahap kerosakan.

Hal itu, selepas 11 kematian dilaporkan pada Isnin di wilayah autonomi Bougainville termasuk lapan yang terbunuh dalam tanah runtuh.

Perbadanan Penyiaran Nasional milik kerajaan PNG pada Selasa melaporkan darurat telah diisytiharkan untuk seluruh wilayah Bougainville dalam keadaan kemusnahan infrastruktur yang teruk.

Sebahagian besar masyarakat kehilangan tempat tinggal dan krisis kemanusiaan semakin meruncing akibat taufan berkenaan. – Bernama Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Dempo Indonesia meletus, kepulan abu menjulang 3,500 meter
Next: Polis Perancis tahan lelaki jual lebih 44,000 surat cuti sakit palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.