Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 214 RUMAH PANJANG -Dikenakan sekatan pergerakan
  • TEMPATAN

214 RUMAH PANJANG -Dikenakan sekatan pergerakan

Utusan Sarawak 4 years ago
ANGGOTA RELA dan polis melakukan sekatan jalan PKPD di Kampung Sungai Maong di Kuching, semalam.• Foto ANDRE OLIVEIRO

SIBU: Pelaksanaan sekatan pergerakan telah dikenakan ke atas 214 rumah panjang di Sarawak sebagai usaha untuk mengekang penularan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah itu, sekatan pergerakan di 116 rumah panjang telah ditamatkan selepas ujian saringan kedua didapati negatif.

“Manakala, 98 masih diletakkan dalam sekatan pergerakan,” jelasnya pada sesi Facebook Live yang dihoskan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting di sini, semalam.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri memberitahu, JPBN Sarawak melaksanakan sekatan pergerakan sekiranya kes Covid-19 dikesan di rumah panjang.

“Sekatan pergerakan dilakukan untuk membolehkan pengesanan kes secara aktif dijalankan bagi mengesan jangkitan di rumah-rumah panjang yang terlibat,” ujarnya.

Dalam sesi Facebook Live itu, Uggah turut menasihatkan penduduk rumah panjang yang terjejas supaya bersabar dan sentiasa mematuhi arahan sekatan kerana usaha ini untuk mengekang penularan Covid-19.

“Bukan niat kerajaan untuk menyusahkan rakyat dengan melaksanakan sekatan pergerakan. Ini adalah untuk kebaikan anda sendiri. Setelah virus merebak, sangat sukar untuk dibendung,” ujarnya lagi.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: MDM lancar Kempen Amalkan Norma Baharu
Next: Abang Jo terima kunjungan Persatuan Jatti Miriek Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.