Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 2,000 anggota APM dihantar ke Sarawak, Sabah
  • NASIONAL

2,000 anggota APM dihantar ke Sarawak, Sabah

Utusan Sarawak 2 months ago
TINGKAT KESIAPSIAGAAN… Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Datuk Aminurrahim Mohamed dan yang lain pada Majlis Peluncuran Bulan Pertahanan Awam dan Wacana Nasional: Struktur dan Hala Tuju Kesukarelawanan Malaysia di ISEF, Kajang hari ini. -Foto BERNAMA

KAJANG: Seramai 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Sabah dan Sarawak terlibat dalam kerja menyelamat dan membantu penduduk yang terjejas banjir.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, keadaan banjir di Sabah dan Sarawak masih mampu dikawal oleh anggota sedia ada di dua negeri tersebut.

“Setakat ini, tiada keperluan untuk menghantar anggota tambahan kerana bilangan sedia ada sudah mencukupi. Namun, jika keadaan memerlukan, keputusan lanjut akan dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Peluncuran Bulan Pertahanan Awam dan perasmian Wacana Nasional: Struktur dan Hala Tuju Kesukarelawanan Malaysia yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Keluarga, Wanita dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Institut Semarak Felda, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Aminurrahim turut menyerahkan sijil pentauliahan Kol Bersekutu (PA) kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Abdul Jamil.

Turut diadakan, majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara APM bersama Universiti Penguatkuasaan, Kepimpinan dan Pengurusan (ELMU) yang diwakili Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kassim Noor Mohamed.

Mengulas mengenai jumlah anggota APM yang aktif di seluruh negara, pihaknya mengesan seramai 15,300 anggota aktif melalui caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Beliau berkata, elaun bagi anggota lain-lain pangkat adalah sebanyak RM8 sejam, manakala pegawai menerima RM 9.80 sejam.

“Waktu penugasan bagi mereka yang bertugas di pejabat adalah sembilan jam sehari, untuk operasi lapan jam, manakala dalam situasi bencana, ia boleh mencecah 16 jam sehari,” katanya.

Bulan Pertahanan Awam akan berlangsung secara rasmi dari 10 Mac hingga 10 April depan, sejajar dengan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Malaysia yang ke-73 (HUTPA-73) yang disambut pada 24 Mac setiap tahun.

Tema sambutan tahun ini ‘Sukarelawanan Dan Pertahanan Awam: Teras Kesejahteraan Negara’, menekankan kepentingan kolaborasi antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat dalam memperkukuh pertahanan awam serta semangat kesukarelawanan.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Bubur lambuk `air tangan’ Tunku Azizah detik paling dinanti rakyat, penghuni penjara
Next: 774 Penolong Pegawai Perubatan diberi jawatan tetap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.