Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 200 pengunjung banjiri kaunter Spay Global
  • TEMPATAN

200 pengunjung banjiri kaunter Spay Global

Utusan Sarawak 5 months ago
MERIAH… Sekitar suasana kaunter Spay Global di CityOne. Foto UKAS

KUCHING: Kira-kira 200 pengunjung membanjiri kaunter Spay Global di CityOne Megamall, hari ini, bagi menguruskan akaun Sarawak Pay untuk menerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), orang ramai hadir seawal 8.00 pagi dengan kaunter dibuka sehingga 5.00 petang.

Katanya, pengunjung dilihat berbaris panjang menunggu giliran untuk menyelesaikan permohonan bantuan tahunan tersebut.

Selain itu, kaunter Service Sarawak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sarawak turut sesak dengan orang ramai yang ingin memohon bantuan SKAS yang akan disalurkan menerusi Sarawak Pay.

SKAS merupakan inisiatif kerajaan Sarawak untuk membantu golongan keperluan membeli barang asas.

Bantuan yang disediakan adalah RM800 untuk isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 sebulan, RM400 untuk warga emas tanpa pasangan dan anak dengan pendapatan bawah RM5,000 sebulan, dan RM250 untuk individu bujang berpendapatan bawah RM2,500 sebulan.

Syarat kelayakan adalah penerima mesti merupakan warga Sarawak yang menetap di negeri ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 200 nelayan membantah tidak mahu ke laut kerana isu MTU
Next: 50 peserta sertai program gotong-royong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.