Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 200 murid, warga SK Siang-Siang sertai program kesedaran keselamatan awam
  • WILAYAH

200 murid, warga SK Siang-Siang sertai program kesedaran keselamatan awam

Utusan Sarawak 8 months ago
TINGKAT KEMAHIRAN… Murid dan warga SK Siang-Siang Lawas menyertai program kesedaran keselamatan awam.

LAWAS: Hampir 200 murid dan warga Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang,Jalan Trusan, menyertai program kesedaran keselamatan awam di daerah ini, semalam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim, antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk ceramah keselamatan kebakaran, pengungsian bangunan dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

Latihan bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu, katanya, bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dalam aspek keselamatan kebakaran dengan memberi pendedahan kepada murid-murid dan warga sekolah berkenaan.

“Motif pelaksanaan program ialah meningkatkan ilmu pengetahuan dalam aspek keselamatan kebakaran dan membudayakan amalan keselamatan kebakaran di dalam sekolah-sekolah dan juga asrama,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA), katanya lagi, turut diterapkan dalam ceramah agar pelajar dapat memahami bahaya didalam air dan bahaya sedia ada serta kesiapsiagaan sebelum berlakunya banjir.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pasukan SK Melayu Pusat raih pingat pertandingan Junior Innovate 2024 (Zon Utara)
Next: Bantuan untuk mangsa kebakaran Ulu Sebetan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.