Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 20 turbin angin di barat daya Belanda dihentikan operasi selepas kematian helang laut
  • GLOBAL

20 turbin angin di barat daya Belanda dihentikan operasi selepas kematian helang laut

Utusan Sarawak 12 hours ago
TURBIN angin di Wilayah Zeeland, Belanda, dihentikan operasinya pada waktu siang sebagai langkah melindungi helang laut selepas kematian burung itu akibat melanggar bilah turbin. Foto AGENSI

ISTANBUL: Sebanyak 20 turbin angin di barat daya Belanda diarahkan supaya dihentikan operasinya pada waktu siang berikutan kematian seekor helang laut pada April, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik penyiar NOS hari ini.

Langkah itu menjejaskan 20 daripada 33 turbin angin di sebuah tapak di Wilayah Zeeland, yang menyaksikan ia tidak akan beroperasi pada waktu siang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Arahan berkenaan dikeluarkan selepas beberapa organisasi pemuliharaan alam semula jadi meminta pihak berkuasa Wilayah Zeeland menguatkuasakan peraturan perlindungan hidupan liar berikutan seekor helang laut mati akibat melanggar bilah turbin pada April.

Empat tahun lepas, seekor lagi helang laut dilaporkan turut terbunuh akibat terkena turbin angin di lokasi yang sama.

Bagaimanapun, turbin berkenaan akan terus beroperasi pada waktu malam memandangkan helang laut tidak aktif pada waktu itu.

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, pemilik taman angin itu dilaporkan dikehendaki memasang sistem pengesanan burung yang berupaya memperlahankan bilah turbin dalam masa beberapa saat sekiranya terdapat helang laut yang menghampiri kawasan terbabit.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Ribut, angin kencang ragut lapan nyawa di tengah China
Next: Dua maut, 14 cedera dalam nahas bas di Portugal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.