Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu di Engkilili
  • Tengah
  • WILAYAH

20 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu di Engkilili

Utusan Sarawak 5 hours ago
OPERASI Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilancarkan IPD Lubok Antu di Lebuh Raya Pan Borneo dekat Engkilili, petang semalam. Foto IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Sebanyak 20 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu menerusi Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan di Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Engkilili, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin berkata, operasi mingguan itu diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah, Inspektor Nelson Ensit.

Beliau berkata, operasi berkenaan melibatkan seramai 19 anggota daripada pelbagai pangkat dan cawangan di IPD Lubok Antu.

Menurutnya, operasi tersebut bertujuan menurunkan kadar jenayah indeks selain mencegah serta membanteras kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Katanya, operasi itu turut memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang lalu lintas bagi meningkatkan pematuhan pengguna jalan raya.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 159 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dalam sekatan jalan raya yang didirikan polis.

Selain itu, seramai 170 individu turut diperiksa bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang atau aktiviti jenayah dikesan.

DSP Pricha berkata, hasil pemeriksaan turut menyaksikan sebanyak 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikenal pasti sepanjang operasi.

Beliau menegaskan IPD Lubok Antu akan terus komited melaksanakan operasi seumpama itu dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam di Daerah Lubok Antu sentiasa berada pada tahap terbaik.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek SK Abang Leman lewat hampir lima tahun, ADUN Kabong desak tindakan segera
Next: Bintulu terus lahirkan atlet muda berpotensi melalui kejohanan MSS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.