Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 20 pintu Rumah James Kalip di Tatau musnah dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

20 pintu Rumah James Kalip di Tatau musnah dalam kebakaran

Utusan Sarawak 2 days ago

Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran melibatkan Rumah James Kalip, Semanok di Jalan Pesisir Jepak-Kuala Tatau hari ini. Foto JBPM

TATAU: Kira-kira 20 pintu Rumah James Kalip, Semanok di Jalan Pesisir Jepak-Kuala Tatau musnah dalam satu insiden kebakaran hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada 11.41 pagi.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dengan bantuan BBP Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 29 kilometer dari balai.

Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran melibatkan Rumah James Kalip, Semanok di Jalan Pesisir Jepak-Kuala Tatau hari ini. Foto JBPM

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan rumah panjang berstruktur tidak kekal berkeluasan kira-kira 400×80 kaki persegi dengan 20 pintu, yang telah terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran 300 kaki hos dan dua pancutan dengan sumber air terbuka dari parit berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, beberapa kereta dan motosikal turut musnah dan jumlah sebenar kenderaan terlibat sedang dikenal pasti melalui maklumat pemilik.

Sementara itu, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Kebakaran berjaya dikawal pada 12.26 tengah hari dan operasi pemadaman masih diteruskan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bomba Sibu pantau cepat, kebakaran di bengkel Jalan Sungai Teku berjaya dikawal
Next: Lori balak bersama treler musnah dalam kebakaran di Batu 62 Sepiring

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.