Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 20 penghuni tinggal sehelai sepinggang asrama pekerja hangus   
  • KEBAKARAN

20 penghuni tinggal sehelai sepinggang asrama pekerja hangus   

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Seramai 20 penghuni hilang tempat berteduh apabila asrama pekerja 10 pintu di Ladang Semanok di sini musnah sepenuhnya dalam satu insiden kebakaran, tengah malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 11.46 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati api telah memusnahkan keseluruhan struktur asrama tersebut yang dianggarkan berkeluasan 12 x 100 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Operasi pemadaman melibatkan enam anggota dengan menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki bersama tiga nozel air dari sumber jentera dan air terbuka. 

Api berjaya dikawal pada 12.46 tengah malam sebelum operasi tamat sepenuhnya sekitar 1.55 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bengkel alat ganti kereta hampir musnah dijilat api
Next: Bomba ambil masa lebih sejam padam kebakaran dua kapal tunda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.