Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 20 belia jalani kursus kemahiran
  • TEMPATAN

20 belia jalani kursus kemahiran

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Para belia Kampung Tabuan Lot yang menjalani Kursus Asas Pengendalian Penghawa Dingin bergambar bersama-sama.

KUCHING: Seramai 20 orang belia Kampung Tabuan Lot telah menjalani Kursus Asas Pengendalian Penghawa Dingin baru-baru ini untuk memperoleh pendedahan aspek kemahiran yang boleh dijadikan kerjaya dan sijil bagi menceburi bidang perniagaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, kursus ini merupakan kesinambungan kursus yang pernah diadakan sebelum ini kepada belia-belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

“Kursus kemahiran untuk para belia ini adalah program tetap untuk setiap kampung di kawasan DUN Demak Laut sejak beberapa tahun ini.

“Selain Kursus Asas Pengendalian Penghawa Dingin, turut diadakan Kursus Pendawaian, Kimpalan, Simen Fero, ‘Fibreglass’, Gunting Rambut, Makanan Sejuk, Pemasaran Atas Talian dan sebagainya.

“Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada belia tentang aspek kemahiran yang boleh dijadikan kerjaya dan memperoleh sijil bagi menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Menurut Dr Hazland, selepas memperoleh ilmu kemahiran dan sijil, mereka yang berhasrat untuk menjadikan kemahiran ini sebagai kerjaya usahawan boleh memohon bantuan kepada Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

“Antara program yang telah disediakan Kerajaan Sarawak ialah Program Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) dan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana Sarawak (SPIKS)” jelasnya.

Tambah beliau, menerusi bantuan-bantuan Kerajaan Sarawak ini, belia boleh bergerak ke hadapan untuk terus menceburi bidang keusahawan yang boleh memberi pendapatan yang lumayan.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: RM3.25 juta laksana 9 JPD Parlimen Bintulu
Next: RM30 juta naik taraf Semenggoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.