Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 2 maut, seorang cedera dalam nahas pesawat kecil di Brazil
  • GLOBAL

2 maut, seorang cedera dalam nahas pesawat kecil di Brazil

Utusan Sarawak 2 hours ago
DUA individu maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas sejurus berlepas berhampiran bandar Marilia, Sao Paulo, Brazil. Foto AGENSI

SAO PAULO: Dua maut dan seorang cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Rabu sejurus selepas berlepas di tenggara Brazil, negeri Sao Paulo, kata anggota bomba, lapor Xinhua.

Pesawat persendirian itu membawa tiga individu ketika jatuh berhampiran sebuah kelab rekreasi berdekatan Lapangan Terbang Frank Miloye Milenkovich di bandar Marilia, menurut pengendali lapangan terbang Rede Voa.

Dua maut di tempat kejadian manakala mangsa ketiga diselamatkan dan dibawa untuk rawatan di hospital tempatan, kata pihak bomba.

Agensi Penerbangan Awam Kebangsaan Brazil mengesahkan pesawat itu memiliki status kelayakan udara yang sah dan didaftarkan dalam rekod aeronautik negara.

Punca nahas sedang disiasat oleh pihak berkuasa Tentera Udara Brazil.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Tiga maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.