Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 2 maut, jejambat runtuh di Seoul
  • GLOBAL

2 maut, jejambat runtuh di Seoul

Utusan Sarawak 3 hours ago
PIHAK bomba dilihat berada di lokasi di mana sebahagian jejambat Seosomun runtuh semasa kerja perobohan di Seodaemun-gu, Seoul. Foto: AGENSI

SEOUL: Sebuah jejambat usang di Seoul yang dalam proses perobohan, runtuh hari ini, menyebabkan dua orang maut dan empat lagi cedera, kata pegawai, lapor Agensi Berita Yonhap.

Sebahagian Jejambat Seosomun dan serpihan pembinaan lain ranap pada 2.32 petang, mengorbankan dua lelaki berusia 50-an dan 60-an.

Sebanyak 12 pekerja pada awalnya dihantar ke lapangan, dengan enam orang telah mengosongkan lokasi kejadian, menurut pegawai.

Seorang pegawai di Balai Bomba Seodaemun berkata struktur yang menyokong jejantas itu disyaki tumbang selepas pemeriksaan keselamatan bermula kira-kira 2.00 petang.

Serpihan itu juga jatuh di landasan kereta api berhampiran, menyebabkan Korea Railroad Corp. menggantung operasi kereta api antara Stesen Seoul dan Stesen Sinchon.

Jejambat itu dijadualkan untuk dirobohkan awal bulan depan.

Presiden Lee Jae Myung mengarahkan siasatan menyeluruh mengenai punca kemalangan itu dan mengarahkan pegawai merangka langkah-langkah untuk mencegah ia berulang, kata jurucakap presiden Kang Yu-jung dalam satu kenyataan.

Lee turut mengarahkan usaha terbaik untuk menangani kesan kemalangan itu dan merawat mereka yang cedera, katanya.

Perdana Menteri Kim Min-seok terdahulu mengarahkan pengerahan sepenuhnya peralatan dan kakitangan untuk menyelamatkan mangsa.

Kim berkata kerajaan bandar Seoul, kementerian tanah dan agensi lain yang berkaitan harus memberikan kerjasama sepenuhnya pada usaha menyelamat sambil mengenal pasti kemudahan perubatan yang mampu menerima mangsa dan mengangkut mangsa yang cedera dengan pantas untuk meminimumkan kemalangan jiwa.

Beliau juga meminta pegawai supaya memastikan keselamatan pekerja penyelamat dan menyekat akses ke tempat kejadian bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan jiwa. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gunung Arafah jadi tumpuan jemaah ketika kemuncak haji
Next: Ferrari perkenalkan kereta elektrik pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.