Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 2 maut, 19 dimasukkan ke hospital kebocoran bahan kimia di Virginia, AS
  • GLOBAL

2 maut, 19 dimasukkan ke hospital kebocoran bahan kimia di Virginia, AS

Utusan Sarawak 8 hours ago
POLIS menyekat jalan berhampiran loji kimia di mana kebocoran berlaku pada hari Rabu, 22 April 2026 di Virginia Barat AS. Foto AGENSI

NEW YORK: Sekurang-kurangnya dua maut dan 19 yang lain dimasukkan ke hospital pada Rabu selepas kebocoran bahan kimia berlaku di kilang pembuatan pemangkin perak di Virginia Barat AS, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Kejadian itu dilaporkan pada 9.31 pagi waktu tempatan di Catalyst Refiners, sebuah kemudahan pemulihan perak yang terletak di komuniti Institute, kira-kira 16 kilometer barat laut ibu negeri Charleston.

Siasatan awal mendapati kilang itu dalam proses menutup operasi, dengan pekerja terlibat dalam aktiviti pembersihan dan penyahcemaran sebagai persediaan untuk penutupan, menurut kenyataan akhbar oleh Suruhanjaya Daerah Kanawha.

Dipercayai tindak balas kimia berlaku ketika itu, dicetuskan oleh pencampuran tidak sengaja dua agen kimia yang menghasilkan hidrogen sulfida iaitu sejenis gas toksik yang tidak berwarna dengan bau telur busuk, kata Suruhanjaya Daerah Kanawha.

Ia menyebabkan “tindak balas ganas bahan kimia dan ia serta-merta bertindak balas berlebihan,” kata C.W. Sigman, pengarah pengurusan kecemasan suruhanjaya daerah itu dalam suatu taklimat.

Antara yang dimasukkan ke hospital ialah tujuh pekerja ambulans yang dikerahkan ke tempat kejadian, menurut pegawai. Dalam keadaan kecemasan itu, mangsa dibawa ke hospital tempatan dengan menaiki kereta persendirian dan juga lori sampah, kata Sigman.

Pihak berkuasa belum mengeluarkan butiran lanjut mengenai identiti mangsa atau keadaan mereka yang dimasukkan ke hospital.

Presiden Ames Goldsmith Corporation Frank Barber mengeluarkan kenyataan mengakui bahawa dua pekerja telah meninggal dunia.

“Ames Goldsmith Corp. amat sedih dengan kematian dua rakan sekerja kami,” kata Barber sambil menambah bahawa syarikat itu bekerjasama sepenuhnya dengan agensi tempatan, negeri dan persekutuan untuk menentukan punca kejadian.

Gabenor Virginia Barat Patrick Morrisey mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan bahawa Bahagian Pengurusan Kecemasan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar negeri itu semuanya telah diaktifkan dan sedang berkoordinasi dengan pihak berkuasa daerah.

“Keutamaan kami ialah keselamatan dan kesejahteraan rakyat kami,” kata gabenor itu. “Kami bekerja sepanjang masa dengan pegawai tempatan untuk memastikan insiden ini dibendung dan semua sumber negeri yang diperlukan berada di lapangan untuk melindungi masyarakat.” – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Syarikat penapis minyak Sepanyol jamin bekalan bahan api penerbangan sehingga Mei
Next: 11,656 kereta elektrik didaftarkan di Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.