Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 19 terselamat bas jatuh gaung
  • KEMALANGAN

19 terselamat bas jatuh gaung

Utusan Sarawak 11 months ago
SEBUAH bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam, semalam.
Foto Facebook TawauSyurga

LAHAD DATU: Sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ketua Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata hanya empat daripada mereka mengalami kecederaan dan kini stabil di Hospital Lahad Datu manakala yang lain hanya cedera ringan.

“Bas dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu ini terjatuh ke dalam gaung dengan kecerunan gaung itu lebih kurang 50 meter, beberapa individu berjaya keluar sendiri daripada bas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut laporan media malam tadi, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.24 malam dan 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu serta tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela Silam bergegas ke lokasi kejadian. – Bernama

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Isteri maut, suami cedera parah dalam kemalangan kendiri
Next: Kereta rempuh pagar rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.