Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 19 maut akibat strok haba di India
  • GLOBAL

19 maut akibat strok haba di India

Utusan Sarawak 11 months ago
DELHI dan kawasan sekitarnya telah mengalami gelombang haba yang teruk dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan suhu sekitar 45 darjah Celsius pada waktu siang.

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya lima orang maut akibat strok haba di ibu kota India dan hampir 14 lagi meninggal dunia di bandar jiran Noida dalam tempoh 72 jam yang lepas, memaksa kerajaan persekutuan mengeluarkan nasihat kepada hospital kerajaan untuk mengutamakan rawatan pesakit strok haba.

Selain itu, lebih 60 pesakit yang mengalami strok haba telah dimasukkan ke pelbagai hospital. Kebanyakan mereka dikatakan adalah buruh atau individu berusia lebih 65 tahun, kata Xinhua.

Delhi dan kawasan sekitarnya telah mengalami gelombang haba yang teruk dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan suhu sekitar 45 darjah Celsius pada waktu siang.

Sementara itu, menurut laporan agensi berita swasta ANI, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi turut terjejas akibat cuaca panas. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Kereta api ringan China tawar khidmat kepada lebih 2 juta jemaah haji di Makkah
Next: 13 orang maut selepas minum arak tiruan  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.