Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 19 ditahan di Mexico City susulan demonstrasi pembukaan Piala Dunia
  • SUKAN

19 ditahan di Mexico City susulan demonstrasi pembukaan Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMANDANGAN dari udara, guru-guru daripada Koordinator Nasional Pekerja Pendidikan (CNTE) kekal berkawal di sekatan jalan yang menutup laluan utama semasa hari protes menuntut penambahbaikan faedah pekerjaan di Mexico City pada 12 Jun 2026. Guru-guru berkenaan, bersama pelajar dari sekolah luar bandar campuran Ayotzinapa serta kumpulan yang mencari individu hilang, mengadakan bantahan berterusan terhadap Piala Dunia FIFA 2026. Foto AFP

MEXICO CITY: Polis Mexico City pada Jumaat mengumumkan bahawa 19 penunjuk perasaan telah ditahan susulan demonstrasi semasa pembukaan Piala Dunia di sini, lapor Anadolu Ajansi.

Ibu negara Mexico itu menyaksikan protes besar-besaran di seluruh bandar raya berkenaan ketika pasukan kebangsaan memulakan kempen Piala Dunia. Guru, kesatuan pekerja, pelajar, keluarga individu yang hilang, kumpulan feminis dan organisasi pro-Palestin menyertai demonstrasi berkenaan.

PELAJAR, kumpulan berpakaian serba hitam dan kumpulan tindakan langsung bertempur dengan polis di luar Stadium Ciudad de Mexico di Mexico City pada 11 Jun 2026, hari pembukaan Piala Dunia FIFA 2026. Foto AFP

Mobilisasi itu menarik ribuan peserta ke laluan utama, khususnya di daerah selatan dan sepanjang jalan utama yang menghubungkan bahagian lain ibu negara itu ke stadium yang menjadi lokasi perlawanan pembukaan. Sebagai tindak balas, pihak berkuasa mengerahkan 56,320 anggota keselamatan.

“Perlu dimaklumkan bahawa semasa perlawanan antara Mexico dan Afrika Selatan, demonstrasi berlaku di kawasan sekitar stadium dan sekumpulan individu bertopeng membaling bunga api, batu serta objek lain ke arah pegawai polis. Pegawai polis berjaya menghalang mereka daripada mara ke stadium sebelum menyuraikan kumpulan itu,” menurut kenyataan Sekretariat Keselamatan Rakyat Mexico City (SSC).

Pihak berkuasa pada awalnya menahan lapan individu pada Khamis, kebanyakannya pelajar, selain dua jurugambar media. Kesemua mereka kemudiannya dibebaskan.

Menurut SSC, seramai 11 pegawai polis cedera semasa demonstrasi itu dan menerima rawatan perubatan.  – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Stadium Piala Dunia diberi nama baharu sepanjang kejohanan
Next: ‘Demam’ Piala Dunia hidupkan suasana Masjid Al Falah USJ 9

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.