Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 187 kes positif baharu
  • SEMASA

187 kes positif baharu

Utusan Sarawak 5 years ago

PUTRAJAYA, 26 Mei -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.
-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA



SIDANG MEDIA…Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan semalam. • Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Sebanyak 187 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia semalam, dengan sebahagian besarnya membabitkan individu bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 10 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan tiga pemastautin tetap atau pasangan kepada warganegara Malaysia, manakala 177 kes, adalah penularan tempatan.

“Daripada 177 kes penularan tempatan, 173 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 155 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

“Kes penularan tempatan di kalangan warganegara Malaysia adalah empat kes sahaja,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan Covid-19 di sini semalam.

Dr. Noor Hisham berkata, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 7,604 kes, dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,448 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Sehingga kini, seramai lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, lima kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Katanya tiada kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan semalam, dengan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 115 atau 1.51 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata, terdapat 62 kes pulih semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan discaj dari wad ialah 6,041 kes atau 79.4 peratus, daripada jumlah keseluruhan kes. – Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Ngabang’ tidak dibenarkan
Next: Tiga kes baharu positif Covid-19 dilaporkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.