Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 183 terendak bakal hiasi Bangunan Bazarnita Dalat
  • TEMPATAN

183 terendak bakal hiasi Bangunan Bazarnita Dalat

Utusan Sarawak 5 years ago
KERJASAMA… Wanita berpakaian Melanau kelihatan sedang membuat Tapou pada Jumaat.

DALAT: Wanita di sebuah kampung di sini telah menyahut cabaran untuk membekalkan terendak untuk kegunaan Bangunan Bazarnita Dalat.

Struktur tiga tingkat yang berkonsepkan ‘Tapou’ atau terendak Melanau dengan pembinaan bangunan  secara buatan di kilang atau fabricated  akan menempatkan usaha-usahanita tempatan.

Sebanyak 183 buah tapou pelbagai saiz  akan menghiasi terutama bahagian siling bangunan itu kelak. Terendak Melanau itu akan dipasang dengan lampu LED untuk menambahkan keceriaan.

Adalah diharapkan, ‘Tapou’ boleh mengembalikan semangat kegigihan wanita Daerah Dalat semasa  zaman kegemilangam kayu balak “timber boom’ pada tahun 50an hingga 80an yang menyaksikan mereka mampu berdikiri untuk menyelara keluarga walaupun ditinggalkan suami untuk berkerja di kem-kem kayu balak untuk masa yang cukup panjang.

Pada ketika itu, sebelum sang suami bertugas di kem, si isteri hanya ditinggalkan dengan duit pendahuluan ‘advance’ yang sikit.

 Oleh yang sedimikian, isteri-isteri terpaksa bekerja keras untuk mempastikan makanan untuk keluarga tetap ada di atas meja makan.

 Suri rumah ini samaada pergi ke hutan, ke sungai atau bekerja di kilang-kilang berdekatan untuk mendapatkan upah.

Justeru diharapkan  tapou-tapou ini boleh  mengambalikan semangat kerja kuat dan dedikasi wanita-wanita ini dahulu.

Adalah difahamkan bahawa Kr. Moon Ulan Inal yang berasal daripada Kampung tersebut telah

dipertanggungjawabkan untuk mengumpul wanita-wanita tempatan untuk menyediakan terendak-terendak berkenaan.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Tanjong Datu sedia hadapi pilihan raya
Next: Jambatan Batang Paloh bukan janji kosong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.