Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 18 pegawai rendah polis dibuang kerja
  • NASIONAL

18 pegawai rendah polis dibuang kerja

Utusan Sarawak 3 years ago

JOHOR BAHRU, 12 Dis -- Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengurus Restoran E &Y Sahul Johor Bahru Sahul Hameed E.Yacoob pada Perhimpunan Bulanan PDRM Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

TERIMA KASIH… Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengurus Restoran E &Y Sahul Johor Bahru Sahul Hameed E.Yacoob pada Perhimpunan Bulanan PDRM Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam. • Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU:  Sebanyak 18 pegawai rendah polis dan seorang pegawai awam Kontinjen Johor dibuang kerja sejak Januari hingga bulan lepas kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mendedahkan perkara itu, beliau berkata, hingga kini, terdapat 11 lagi kes salah laku tatatertib melibatkan pegawai rendah polis untuk tindakan buang kerja.

“Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, kita harus berpegang teguh kepada aspek integriti, amanah, tegas, adil dan berhemah. Dalam menjalankan tugas, kita ditohmah, dikritik, dikecam dan diugut. Sebarang kelemahan dan kekhilafan anak-anak buah, saya akan bertanggungjawab.

“Saya boleh bertolak ansur dan mempertahankan tuan-tuan dan dan puan-puan dalam isu di atas. Tetapi dalam konteks rasuah, salah laku, bersekongkol dengan penjenayah, dadah dan penyeliaan, tiada tolak ansur dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya, ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di IPK Johor di sini semalam.

Mengulas mengenai statistik indeks jenayah negeri, beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga bulan lepas turun kepada 4,036 kes, berbanding 6,726 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Dalam tempoh sama, katanya, sebanyak 12,828 individu ditahan atas kesalahan dadah, iaitu kedua tertinggi antara kontinjen, dengan rampasan 12.38 tan dadah bernilai RM375.93 juta ringgit.

Ayob Khan berkata, lima makmal haram dan enam stor dadah dengan nilai rampasan dan sitaan RM355.34 juta berjaya dibongkarkan, selain 20 sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan dengan skala tangkapan dan rampasan besar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan negara.

Terdahulu, Ayob Khan menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 petugas media termasuk seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Fadhliana Shaari bagi menghargai peranan dan sumbangan media dalam menyampaikan maklumat serta melaporkan kejayaan dicapai Polis Johor.

— Bernama

Continue Reading

Previous: Koperasi boleh bantu masalah kenaikan harga barang
Next: Terminal Feri di Labuan dijangka sibuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.