Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 16 maut, 20 cedera dalam kemalangan bas di Jammu dan Kashmir
  • GLOBAL

16 maut, 20 cedera dalam kemalangan bas di Jammu dan Kashmir

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEADAAN bas selepas terjatuh ke dalam gaung.

HYDERABAD: Sebuah bas terjunam ke lereng bukit di daerah Udhampur, wilayah Jammu dan Kashmir hari ini telah mengakibatkan 16 terbunuh manakala 20 lagi cedera.

Bas itu dalam perjalanan dari Ramnagar ke Udhampur sebelum terjatuh ke dalam gaung ketika melalui satu selekoh tajam yang menghalang pandangan, menurut laporan media tempatan.

Imej lokasi kemalangan yang dimuat naik di media sosial menunjukkan keadaan kenderaan itu remuk teruk.

Penduduk di kawasan berkenaan mengeluarkan beberapa mayat dari bangkai bas serta membantu menyelamatkan penumpang yang cedera.

Sebahagian mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Pasukan polis, agensi respons bencana dan pentadbiran daerah terlibat dalam usaha menyelamat dan evakuasi, kata Menteri Persekutuan India Jitendra Singh dalam satu hantaran di media sosial X.

Mangsa yang cedera dibawa ke Kolej Perubatan Kerajaan di Udhampur untuk rawatan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Seludup 200 kilogram kokain, lelaki Australia didakwa
Next: Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi 7.5 skala Richter gegar timur laut Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.