Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 150 penduduk berganding bahu jayakan gotong-royong
  • WILAYAH

150 penduduk berganding bahu jayakan gotong-royong

Utusan Sarawak 19 hours ago
PENDUDUK berganding bahu membersihkan kawasan lorong Jalan Kampung Muhibbah Fasa III dalam Program Pembangunan Komuniti anjuran MDSA, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Seramai 150 penduduk berganding bahu membersihkan kawasan lorong Jalan Kampung Muhibbah Fasa III dalam Program Pembangunan Komuniti anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA), semalam.

Program yang diadakan sebagai salah satu aktiviti para Ahli Majlis memberi perkhidmatan kepada masyarakat di samping memupuk semangat tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran.

Aktiviti seperti ini dilihat dapat memperkasakan tingkat kerjasama yang tinggi dan mengukuhkan ikatan dalam masyarakat yang berbilang kaum dan dapat hidup dalam suasana yang aman damai dan harmoni.

Turut turun padang, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis bersama Ahli Majlis dan penduduk setempat. 

“Program sebegini bukan hanya soal kebersihan, tetapi soal tanggungjawab bersama membina komuniti yang harmoni,” tegas Harden dalam ucapan ringkasnya.

PENDUDUK berganding bahu membersihkan kawasan lorong Jalan Kampung Muhibbah Fasa III dalam Program Pembangunan Komuniti anjuran MDSA, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Simanggang

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada MDSA, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Muhibbah Fasa III, dan Kaunselor Micheal Pillow Lachen atas kerja keras menjayakan program.

Program seumpama ini merupakan kesinambungan aktiviti seperti pada tahun lepas yang terbahagi kepada dua kaedah, satu aktiviti gotong-royong dan yang kedua ialah ceramah daripada agensi yang dijemput dalam pelbagai tajuk selari dengan isu semasa.

Penduduk yang hadir menyifatkan program ini sebagai bukti bahawa semangat gotong-royong bukan sahaja membersihkan kawasan, tetapi turut membersihkan jurang antara komuniti menjadikan Bandar Simanggang lebih bersih, mesra dan bersatu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Julau laksana Program Kampung Siaga 221 di Rumah Philip Janting
Next: ADUN Kalaka turun padang tinjau SAR kru kapal warga Myanmar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.