Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 150 pegawai perubatan ditawar jawatan tetap
  • NASIONAL

150 pegawai perubatan ditawar jawatan tetap

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA TINGGI, 4 Okt -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba ketika berucap dan merasmikan Penutup Sesi Town Hall Pembudayaan Norma Baharu dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan COVID-19 bersama Pemimpin Combi hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr.Adham Baba

KUALA LUMPUR: Sejumlah 150 Pegawai Perubatan Gred UD41 (kontrak) yang berjaya menjalani program latihan siswazah ditawar pelantikan secara tetap, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata tawaran pelantikan itu selaras dengan permohonan pelantikan tetap yang diluluskan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada 21 Sept lepas.

“Tawaran pelantikan tetap ini merupakan kesinambungan urusan pelantikan secara tetap yang dilaksanakan sebelum ini kepada Pegawai Perubatan Gred UD41 (kontrak) dalam kalangan Kohort Lantikan Bilangan 2 Tahun 2017,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Adham berkata bagi pelantikan kali ini, penempatan pegawai hanya dibuat di pejabat dan fasiliti kesihatan di Sarawak sahaja, mengambil kira faktor kepentingan perkhidmatan dan kekosongan jawatan.

Beliau berkata tarikh melapor diri bertugas di Jabatan Kesihatan Sarawak adalah pada 12 Okt ini.

“Daripada keseluruhan 150 pegawai ditawarkan pelantikan tetap, sejumlah 66 pegawai (44 peratus) merupakan anak kelahiran Sarawak, manakala baki 84 pegawai (56 peratus) adalah pegawai dari Semenanjung dan mereka juga dapat memberi komitmen sepenuhnya bagi menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata dengan tawaran pelantikan itu, kesemua Pegawai Perubatan Gred UD41 (kontrak) anak kelahiran Sarawak dalam Kohort Lantikan Bilangan 2 Tahun 2017 yang memenuhi kriteria pelantikan tetap telah ditawarkan pelantikan secara tetap.

  • Bernama

Continue Reading

Previous: Dr. Zulkifli positif Covid-19
Next: PKPB di Kota Kinabalu, Penampang , Putatan 7 Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.