Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • 150 belia DUN Tarat sertai AgriCOP
  • BISNES

150 belia DUN Tarat sertai AgriCOP

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN… Datuk Roland Sagah (tiga, kanan) bersama para peserta berkesempatan melawat ke sekitar Borneo Empurau Farm and Resort.

SERIAN: Seramai 150 peserta dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat menyertai Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP).

Antara peserta yang menyertai AgriCOP adalah Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) DUN Tarat dan Sarawak Dayak Graduates Association (SDGA).

Penganjuran AgriCOP bertujuan mendedahkan dan menyuntik semangat serta membuka minda para belia terlibat dalam pertanian moden.

Program AgriCOP ini merangkumi kursus asas agronomi ternakan ikan air tawar dan teknologi pertanian moden.

Melalui kursus tersebut, para peserta digalakkan untuk mendapat khidmat nasihat dan tunjuk ajar daripada pihak Jabatan Pertanian sekiranya terdapat persoalan berkaitan pertanian moden.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn, baru-baru ini.

Beliau dan para peserta juga dibawa melawat ke sekitar Borneo Empurau Farm and Resort bagi menyaksikan sendiri tanaman fertigasi dan ternakan ikan empurau dan talapia yang diusahakan secara moden oleh pihak Borneo Empurau Farm.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Rizab antarabangsa BNM pada AS$104.3 bilion
Next: KPPK jalin kerjasama erat dengan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.