Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • 15 telefon bimbit dianalisis dalam siasatan kes Zara Qairina
  • MAHKAMAH

15 telefon bimbit dianalisis dalam siasatan kes Zara Qairina

Utusan Sarawak 6 hours ago

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon bimbit bersama kad SIM telah dianalisis dalam siasatan kes melibatkan Zara Qairina Mahathir, dengan tumpuan kepada data media sosial, komunikasi, video dan imej termasuk yang telah dipadamkan.

Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Mohamad Zaidi Abu Hassan berkata analisis itu dilakukan terhadap barang kes yang diterima dalam dua serahan berasingan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Papar, Sabah, iaitu pada 8 Ogos melibatkan 11 telefon bimbit, dan 19 Ogos 2025 (empat telefon bimbit).

“Bagi serahan pertama, iaitu 8 Ogos, tarikh analisisnya adalah pada 11 Ogos. Kemudian bagi serahan kedua, iaitu pada 19 Ogos 2025, tarikh analisisnya adalah pada 20 Ogos 2025,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Sofia S Sawayan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Beliau berkata tempoh analisis yang lebih lama bagi serahan pertama adalah disebabkan jumlah barang kes yang lebih banyak, sekali gus memerlukan masa pemeriksaan yang lebih panjang.

“Saya memerlukan lebih kurang enam hari (serahan pertama). Yang pada 19 Ogos tu saya memerlukan lebih kurang tiga hari,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan setiap peranti perlu melalui proses analisis secara menyeluruh termasuk pengekstrakan data daripada telefon bimbit, kad SIM serta kad memori secara serentak, yang turut menyumbang kepada tempoh analisis ebih lama bagi serahan pertama.

Mohamad Zaidi yang mempunyai pengalaman hampir 19 tahun dalam analisis forensik digital berkata sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah mengendalikan lebih 7,000 kes melibatkan kira-kira 100,000 unit barang kes digital.

Analisis dilakukan menggunakan peralatan XRY dengan berpandukan piawaian antarabangsa ISO 17025 serta National Institute of Standards and Technology (NIST).

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4.00 pagi.

Pada 13 Ogos 2025, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.

Terdahulu, pada 8 Ogos 2025, AGC mengeluarkan perintah menggali semula kubur Allahyarham bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

Prosiding inkues bersambung petang ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki didakwa simpan dan lupus harta curian di Tatau
Next: Ugut ibu: Lelaki dipenjara dua tahun di Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.